Thursday, 4 July 2013

kuIh raye!!!!

Aaaalo! Lame tak update blog nih..lately busy kemain...lepas pilihanraya..bisnes pick up len mcm..tapi bisnes company la...kalo bisnes aku da lame den kayo..hihihih

K..kurang seminggu da nak pose.. Minggu lepas dok gaduh  dgn HOD kejap 9 kejap 10hb start pose..aku pun tatau mane..tunggu anak bulan je la apa susah?..

So biasela an nak pose ni..ramai yg mencari berkat bulan mulia dan ramai gak cari extra income termasuklah yg sedang menaip ni..hihihi..tamo citer lebih...nak promote kuih raya ...kalo teringin sila lah email i azleenrahman@yahoo.com or sms kat 0199657412..insyaallah sy akan reply..first time jual kat blog..bese kat member opis..nervous ni!!

Ok listed below for your kind perusal...minimum penghantaran sekitar kuantan (alor akar,kubang buaya,tanah putih,semambu,tok sira,teluk chempedak,beserah,jalan tun ismail,jalan gambut,jalan besar) ialah 2 bekas..kalo nak amek sendiri pun bole..roger saja saya..sila maklumkan tarikh anda berkenan utk memilik kuih tersebut..nama penuh dan alamat..pembayaran adalah melalui tunai sahaja
Last menet tempah tertakluk kepada ketersediaan kuih tersebut..kalo takde..awal2 saya minta maaf ye

Kalo nak penghantaran ke kl pun bole...sila beritahu niat anda dan alamat penuh kat mana nak letak kuih tersebut..penghantaran cuma akan di buat pada 3hb dan 10hb ogos 2013. 

Selamat menjamu mata! Jgn lupa order yeh!...

Tart emas 
                 Rm30.00 (balang beso -48 ke 50 biji)




Popia udang kering
400gram = rm30.00 sebalang
800gram = rm40.00 sebalang

Popia serumding ikan
400gram = rm25.00 sebalang
800gram = rm35.00 sebalang

Monday, 22 April 2013

Megatypers Invitation Codes 2013. 100% Guaranteed





Megatypers.com invitation code 2013

100% guaranteed. Please choose either one

Dapat duit taip Captcha saje / Part time

untuk makluman information kat sini telah di translate sepenuhnye dari mari buat duit dari rumah..Dapat duit hanya dengan bekerja dari rumah? ye dok? iyyyee... Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk berbuat demikian. Dalam laman web ini, aku nak ajar korang cemane untuk mendapatkan duhwit dengan hanya menggunakan kemahiran menaip  dan mendapat USD 1 sejam dengan berbuat demikian.salah satu web yang membayar korang dengan menaip:- MegaTypers.com

 
cuba daftar dan tgk cemane fungsi dia. Laman ni bayar korang hanya dengan menaip CAPTCHAape tu? CAPTCHA?!

senang je..ia adalah
sejenis gambar untuk mengenal pasti antara robot dan manusia.



 



CAPTCHA adalah imej yang membantu untuk mengenal pasti antara manusia dan sistem data entry secara automatik. kalau nak nama penuh dia....(Completely Automated Public Turing test to tell Computers and umans Apart) Ia adalah imej yang terdiri daripada  nombor atau huruf dan kandungan imej yang dimanipulasi supaya dapat dikenal pasti oleh manusia. Ini adalah kerana kita bole sengetkan leher,kecikkan mata, tengok skrin dekat2,(robot bese mane leh tp tataula robocop atau robot boboiboy) untuk membacanye..

Setiap hari Captchas digunakan secara meluas oleh setiap laman web  sebagai pengesahan proses yang berbeza seperti pendaftaran, memuat naik, memuat turun dan lain-lain.  Consider sebagai langkah keselamatan untuk kantoikan pemangse/robot (robot apa aku tak pasti..hahaha!) yang try nak cube masuk akaun!
 Dari mana CAPTCHAS datang ek ?  

Adala program-program yang cipta  Captchas ni.. dan kemudian tanggungjawab web mcm megatypers.com untuk sahkan captchas tu betul dan pasti bole di baca oleh mereka yang menjadi ahli.  Caranya, bila imej yang dah di manipulasi kuar, kene baca dan tgk bebetul..thenn key in dalam sistem dgn betul. kat sini lah gunanya skill keyboarding korang. Tapi no worries, tak susah pun lagi senang ada..pada mereka yang reti membaca dan menaip la..
korang boleh mengenal pasti lebih daripada 700 captchas dalam tempoh kurang daripada satu jam bergantung pada kelajuan menaip korang! dan kalau sambung lagi 2 3 jam no problem bro! ada gak cakap boleh wat USD 5 sehari kalau bebetul nak buat duit online


Entry CAPTCHA ni buat hape? 

Tgk mcm pelik ni mesti nak tolong penipu wat keje menipu..memang ada tapi ada laman sesawang yang memang sah buat entry CAPTCHA ni contohnye mcm megatypers.com

Banyak laman web yang kini memerlukan CAPTCHA untuk terus menggunakan perkhidmatan laman web tersebut seterusnye mcm aku ckp sebelum ni untuk download ke,silap masuk password ke, aaaa mcm cimb clicks tu... Ada gak laman web pakai  audio tetapi leceh sket. Pekerja CAPTCHA sebenarnye tolong untuk mendigitalkan buku atau kertas
Ada laman web, taip captcha bayar USD 1 untuk setiap 1000 entry yang betul dan gak bayar lebey atau kurang USD 1 untuk setiap 1000 penyertaan yang betul. Kelajuan menaip yang sgt di perlukan kerana lagi laju korang menaip lagi banyak duit dapat. tapi make sure kesalahan 0 ye.  

Dengan CAPTCHA, korang leh keje sambilan atau sepenuh masa. Payment biasanye di buat melalui Libertyreserve (majority) / paypal / webmoney. Ye la dari merenung fb mcm tu je, ape kate korang tenung captcha tu..dapat duit weh..even USD 1 tapi kalau kali dengan RM3.20 dah dapat brape?..ce kire ce kire. huhuhu..aku pun tgh buat dan baru berkenalan..so far paling lama aku leh buat 60 captcha..gangguan tuan puteri..kene wat keje ni lepas diorang tido..

Saturday, 20 April 2013

Menu berpantang :pegaga masak lemak lada hitam

Sebelum rehat..nak share resepi untuk yang berpantang..alang2 tgh praktis..meh saya sharing is 
Caringkan..
To those mama yang pengen berpantang kat umah sendiri,munkin anda mengalami kesukaran nak mintak tolong laki masakkan lauk..
Tunjuk kat dia cemane nak buat,insya allah jadi punye


Bahan yang diperlukan:
  • 10gm ikan bilis
  • 2 biji bawak kecik
  • 1ruas kunyit hidup ( besar ibu jari)
  • 11/2 sudu lada hitam
  • 1/2 cawan santan
  • Daun pegaga - ikut citarasa
Cara nak masak:
  • Tumbuk ikan bilis,bawang kecik,lada hitam,kunyit sampai lumat..tamo lumat pun takpe
  • Amek periuk then satukan hasil penumbuk dengan santan
  • Masak hingga menggelegak,make sure kacau selalu takot santan pecah
  • Rasekan dengan garam. Takyah letak ajis pun takpe coz rase black peper tumbuk tu pun da mcm ala2 rase ajis..
  • Masukkan daun pegaga. Kacau hingga masak,nak tunggu kering pun bole tapi depend tahap kecairan kuah tu..lagi cair lagi lemau la nak tunggu kering
  • Agak2 dah masak tutup api dan hidangkan dgn tenggiri goreng.kene nasik panas silap hb memang tambah nasi
P/s: ikutkan pantang orang bersalin betul,takleh makan santan sgt,aku pun tatau nape..ingat lagi time pantangkan kiki,first time angah aku masakkan lauk ni..mmg menyelerakan tapi tu dia buat kering..dan minyak dia OMG!! Kene tapis...huhuhu..edisi gambar yang atas ni aku baru lepas pantang seminggu..kalau mama tau ni abes la kene berleter..la ni pantang sendiri je..kekadand en daddy masakkan..

So selamat mencuba..next entry aku tunjuk lak sambal kunyit kegemaran ku selalu..

Friday, 19 April 2013

Nur Maleika Husna ...Angel Mama!

Keep counting the days.. Rase masa cepat berlalu..esok dah hari sabtu..err..penamaan calon kot esok. Daddy dan kawan2 semangat kuar jenjalan malam ni nak tengok what happen around bandar kuantan. 

8 hari berlalu. Rasa menyesal ruginya tak spend masa dengan anak2 kerana terlalu sibuk kerja. Starting first day jaga diorang, baru aku perasan anak2 mama semakin membesar. 

NUR MALAEIKA HUSNA , 

kiki, kalau kiki sempat baca blog mama ni, alhamdulillah.. kiki tau first day mama dgn daddy dapat tau we all jadi parent tatau nak gambarkan perasaan tu. blur sotong,confuse tapi kami happy sangat. like daddy said saya tak mandul..hahhaah! memang klaka sgt time tu.And kami dapat tau tu a day before mama nak balik ke Jeddah. Almost three kliniks (if mama not mistaken la) kiteorang pegi just nak confirmkan coz tak percaya sangat yang kami akan jadi mama and daddy. 
3 months kiki temankan mama keje atas kapal terbang. On that time mama keep telling people i am pregnant! Everyone really take care of me during that time especially aunty fafad. Kiki imagine kalau nak touchdown berkejar aunty fafad susunkan bantal kat jumpseat mama coz takut terhentak. 
Tapi dalam happy2 tu, mama risau gak if something happens to you. Keje mama tak tentu, on that time mama really confuse nak resign ke, unpaid leave ke hapa ke. Sampai satu hari tu, mama dah tak bole wat decision and i met with my supervisor. And her advice i have to resigned. Time tu mama rase dunia mama gelap kejap coz i really love that works. But you are my priority. Mama and daddy accept dengan hati yang redha. 
Balik ke Malaysia, mama duduk dengan umi kejap lepas tu trus ikut daddy balik kuantan. There bermula tugas mama jadi fulltime housewife. Waktu tu daddy sewa rumah flat kat alor akar .. flat 2 bilik. well for us on that time cukuplah coz dua orang je duduk kot. first time duduk, yang ada kat umah time tu cuma meja kopi, tilam angin dan almari kain. sempoi kan? takde tv, takde peti ais, takde astro. Even sume takde mama feel so comfortable. Within eight months mama mengandung keep ulang alik KL - Kuantan. Dalam masa ni, atok (abah mama) menyahut seruan ilahi. Tarikh dia tinggalkan kita 1 ogos 2009, 25 hari sebelum kiki lahir.
Sampai satu hari, mama beria nak ikut daddy balik kuantan. Lucky on that time tumpang uncle Adib, so mama dok blakang menyandar. On the way nak ke kuantan, mama rasa kulit perut pedih sangat tapi mama tak layan.
Paginye mama tgh tdo dan daddy dah pegi keje, mama rasa seluar mama basah. Bila mama halo daddy, bekejar dia balik dapatkan mama. Kate kawan opis dia, mama dah nak bersalin tapi mama dan daddy confuse coz baru 8 bulan kot. Terus kiteorang ke klinik farabi, mama nak admit situ tapi dr tamo amek kes coz diorang tak cukup equipment. So HTAA la destinasi mama seterusnye
Lepas mama kene check, Dr bagitau air ketuban mama bocor dan dalam 2 hari mama kene tahan wad sampai la ada indication membuatkan mama kene masuk labour room coz baru dapat tau mama ada GBS+ve.
Syukur time mama lahirkan kiki semuanya mudah tapi sayang daddy takde coz dia pun tatau prosedur cemane. Berat kiki kuar time tu 2.09kg. Kecik kan? Mama cuma di maklumkan kiki kene pakai inkubator coz tak cukup bulan. 2 hari mama sendirian kat wad melur tanpa dpt peluang tgk kiki kat NICU . Anak mama memang berdikari. 
First time mama nak tgk kiki, mama rasa nervous sgt. Macamanelah rupa anak mama. Sampai dalam bilik baby, there you are! anak yang tengah tido dan nampak tenang. Kiki memang anak yang baik. 
Still ingat tangan halus kiki kene cucuk jarum utk masukkan antibiotik. Bila daddy bukak tunjuk, mengalir air mata mama tak sanggup tengok jarum kasar masuk dalam kulit halus anak mama. Bila kiki menangis meraung dalam bilik rawatan, mama tak sanggup dengar. Mama cepat2 peluk kiki bila nurse pulangkan sejurus abis rawatan. Pilu hati tgk anak mama tido sambil tersedu sedu. Umi pernah offer nak jaga kiki, tapi mama lagi rela jaga biarpun time tu kewangan kami tak kukuh. Alhamdulillah setahun lepas kiki lahir, mama dapat kerja. Rezeki kiki. First time mama hantar anak mama ke taska. Tak sampai 3 bulan mama hantar ke taska, mama kene cari nanny. Kenapa? Hati mama sakit sangat bila tak di benarkan bagi kiki makan ubat sendiri. Hati mama lagi sakit bila tgk kiki di biarkan menangis sampai takde suara dan di biarkan meniarap atas lantai macam tu je. Hanya tuhan je yang tau betapa mama sedih tgk keadaan anak mama time tu. 
Allah s.w.t maha mendengar sayang, puas mencari nanny. akhirnya mama jumpa dengan umi kiki. Sampai sekarang she still jaga kiki dan adik. Nanti mama amek gambar kiki dgn umi utk kiki tgk, wanita yang berjaya buktikan anak mama sihat dan happy + tunjuk agama islam itu besar sepanjang kiki dan adik bawah jagaan dia. 
Sampai sekarang, mama rasa bersyukur kiki dengar kata, bijak dan tau menghargai apa yang kiki ada . Sekarang ni kiki suka bertanya banyak soalan. Apa yang kiki dengar, nampak semua kiki tanya. Mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat. TBC...

Jus pegaga

Pagi ni tekadkan hati...nak jadikan rutin minum jus pegaga tetiap pagi...bila baca khasiat dia buat i lagi excited noxs.

Yang ni aku baca kat bebanyak blog..dalam istilah perubatan kata ini herba..bila rujuk kat pokok pegaga edisi Edisi wikiwiki 
Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.
— Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia,[3][4]



Ok..sambung balik antara manfaat,kelebihan telan atau minum pegaga ni ialahh:
  • Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah nyanyuk
  • Melambatkan proses penuaan ( awet muda tew!! +wudhu'..kalah SKII!! )
  • Menambah daya ingatan & merehatkan minda
Huraian seterusnye...Pegaga Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :
1. Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9. Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada  yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan
Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
Best tak? Sejujurnya aku ckp aku bukanlah penggemar ulam2 ni..siyes mak tak tipu noks..tapi tengah pantang ni,ku rasakan inilah masa nak betulkan mana yang senget..mana yang kendur..so it marilah kita amalkan mana yg patut..
Utk buat jus pegaga
  • Daun pegaga secukup rasa
  • Brown sugar dalam sesudu tecik
  • Air suam
Cara nak buat?
  • Bancuh brown sugar dgn air panas sket
  • Daun pegaga tadi blenddengan air suam
  • Selesai blend tapis then campur dengan air brown sugar tadi
  • Pastu...kita minum dulu!!
P/s: aku tak pakai ais sebab tgh pantang..kalo minum immediate lepas blend rase dia mcm ala2 air tebu..

Lepas ni kalo pegi pasar..."makcik!! Pennywort se!" Heheheh




Thursday, 18 April 2013

sehari di HTAA

sambungan dari entry ku pasal gugur.

Setibanya di HTAA, terus menuju ke Kecemasan. kata Daddy la..i follow walau tengah sedih lagi. Mcm bese la sume GH, mesti ada bilik saringan sebelum proceed ke bilik yang lain. Aku ingat lagi lepas nama kene panggil dalam tu ada sorang lelaki dan sorang errr..nak panggil nurse ke hapa i tatau..mungkin pembantu jururawat atau sewaktu dengannye..kene turn aku dgn abang ni. Aku perati muka dia, agak garang, tanya soklan pun mcm ala2 undertaker wrestler yang berjaya tu. Elok2 tgh sakit ilang la kejap coz sebenarnye aku agak terkesima dgn brader tu. Lepas dia chek blood pressure (170 hokey!) tanye skit, pastu tulis mende tah dalam kat kuning, dia kasi aku sticker suh tunggu kat area lagi satu.

Masa menunggu ade la dalam satu jam, orang ramai gile. Tapi takleh salahkan, pilihan kite. dalam dok menunggu tu, aku perasan ada sorang mat saleh. Dengan hati yang waja dia menunggu sambil gelak sensorang..hape yang dia dgr kat headphone dia aku pun tatau..maka dengan itu, ku tetapkan hati omputih tu selamba leh tunggu lama, asal aku takleh? walau perut kembali memulas. Akhirnya penantian itu satu penyiksaan, nama sebenar aku di panggil pakai PA ok.tergagap dr tu nak menyebut..hahahaha

Melangkah lesu masuk ke bilik No 4, urmm agak dah..Dr pelatih.. Memacam soklan dia tanye. Sambil tu aku perati, dia buat point atas kad kuning tadi. Hasil rumusan dia scan dan tak yakin dia panggil ketua kat situ dan skali lagi perut aku di scan dan akhir kate diorang tak pasti kene pegi bahagian EPAU untuk confirmation dari pakar. Sabarlah wahai hati! Perut mintak di isi dan makanlah kiteroang laki bini kat kantin spital sambil menunggu opis bukak balik coz solat jumaat.

Tepat 2.45pm kiteorang melangkah yakin ke bangunan baru untuk cari EPAU (nama penuh i tatau). Memule tanye kat makcik guard dgn yakin tunjuk kat O&G, puas aku bace signage takde gak name EPAU. Maka dgn itu En daddy bertanye kepada makcik Misi yang tersengih tgk kiteorang. Ooo tingkat 3 upernye.

Tak kusangka HTAA ade unit yang bole tahan cantik mcm EPAU. nampak mcm ala2 kat gleaneagles ampang..bersih dan tenteram dan takde orang! huhuhu..kedatangan kiteorang di sambut oleh makcik misi yang bole tahan friendly. same gak melalui sesi soal jawab, akhirnye aku di check..dan bende yang paling aku benci time pregnant "SPECULUM" atau mulut itik datang melawat.eyyyy!! memang aku tak suka!

first Dr muda tgk. puas dia tgk dia ckp kene tunggu dr bebetul pakar tgk baru bole decide..hey brape byk pakar da..tapi di sebabkan aku letih sgt dan diorang ckp rilek dulu sambil so aku pun amek chance tido jap sampai la Dr nabila datang. skali lagi mulut itik tu di masukkan. mmg aku tak suke!!

Check punye check, Dr bagi aku 2 option either nak cuci/DnC atau gugur secara natural. Dr explain kalau aku choose untuk cuci agak sakit then ada efek nye..selepas aku pikir dah brape stage tahan dek kerana speculum tu, aku choose utk biar gugur sendiri. So kesimpulan dr kasi mc satu hari (kecewa hati ku kerana mengharapkan mc yang lama)