Keep counting the days.. Rase masa cepat berlalu..esok dah hari sabtu..err..penamaan calon kot esok. Daddy dan kawan2 semangat kuar jenjalan malam ni nak tengok what happen around bandar kuantan.
8 hari berlalu. Rasa menyesal ruginya tak spend masa dengan anak2 kerana terlalu sibuk kerja. Starting first day jaga diorang, baru aku perasan anak2 mama semakin membesar.
NUR MALAEIKA HUSNA ,
kiki, kalau kiki sempat baca blog mama ni, alhamdulillah.. kiki tau first day mama dgn daddy dapat tau we all jadi parent tatau nak gambarkan perasaan tu. blur sotong,confuse tapi kami happy sangat. like daddy said saya tak mandul..hahhaah! memang klaka sgt time tu.And kami dapat tau tu a day before mama nak balik ke Jeddah. Almost three kliniks (if mama not mistaken la) kiteorang pegi just nak confirmkan coz tak percaya sangat yang kami akan jadi mama and daddy.
3 months kiki temankan mama keje atas kapal terbang. On that time mama keep telling people i am pregnant! Everyone really take care of me during that time especially aunty fafad. Kiki imagine kalau nak touchdown berkejar aunty fafad susunkan bantal kat jumpseat mama coz takut terhentak.
Tapi dalam happy2 tu, mama risau gak if something happens to you. Keje mama tak tentu, on that time mama really confuse nak resign ke, unpaid leave ke hapa ke. Sampai satu hari tu, mama dah tak bole wat decision and i met with my supervisor. And her advice i have to resigned. Time tu mama rase dunia mama gelap kejap coz i really love that works. But you are my priority. Mama and daddy accept dengan hati yang redha.
Balik ke Malaysia, mama duduk dengan umi kejap lepas tu trus ikut daddy balik kuantan. There bermula tugas mama jadi fulltime housewife. Waktu tu daddy sewa rumah flat kat alor akar .. flat 2 bilik. well for us on that time cukuplah coz dua orang je duduk kot. first time duduk, yang ada kat umah time tu cuma meja kopi, tilam angin dan almari kain. sempoi kan? takde tv, takde peti ais, takde astro. Even sume takde mama feel so comfortable. Within eight months mama mengandung keep ulang alik KL - Kuantan. Dalam masa ni, atok (abah mama) menyahut seruan ilahi. Tarikh dia tinggalkan kita 1 ogos 2009, 25 hari sebelum kiki lahir.
Sampai satu hari, mama beria nak ikut daddy balik kuantan. Lucky on that time tumpang uncle Adib, so mama dok blakang menyandar. On the way nak ke kuantan, mama rasa kulit perut pedih sangat tapi mama tak layan.
Paginye mama tgh tdo dan daddy dah pegi keje, mama rasa seluar mama basah. Bila mama halo daddy, bekejar dia balik dapatkan mama. Kate kawan opis dia, mama dah nak bersalin tapi mama dan daddy confuse coz baru 8 bulan kot. Terus kiteorang ke klinik farabi, mama nak admit situ tapi dr tamo amek kes coz diorang tak cukup equipment. So HTAA la destinasi mama seterusnye
Lepas mama kene check, Dr bagitau air ketuban mama bocor dan dalam 2 hari mama kene tahan wad sampai la ada indication membuatkan mama kene masuk labour room coz baru dapat tau mama ada GBS+ve.
Syukur time mama lahirkan kiki semuanya mudah tapi sayang daddy takde coz dia pun tatau prosedur cemane. Berat kiki kuar time tu 2.09kg. Kecik kan? Mama cuma di maklumkan kiki kene pakai inkubator coz tak cukup bulan. 2 hari mama sendirian kat wad melur tanpa dpt peluang tgk kiki kat NICU . Anak mama memang berdikari.
First time mama nak tgk kiki, mama rasa nervous sgt. Macamanelah rupa anak mama. Sampai dalam bilik baby, there you are! anak yang tengah tido dan nampak tenang. Kiki memang anak yang baik.
Still ingat tangan halus kiki kene cucuk jarum utk masukkan antibiotik. Bila daddy bukak tunjuk, mengalir air mata mama tak sanggup tengok jarum kasar masuk dalam kulit halus anak mama. Bila kiki menangis meraung dalam bilik rawatan, mama tak sanggup dengar. Mama cepat2 peluk kiki bila nurse pulangkan sejurus abis rawatan. Pilu hati tgk anak mama tido sambil tersedu sedu. Umi pernah offer nak jaga kiki, tapi mama lagi rela jaga biarpun time tu kewangan kami tak kukuh. Alhamdulillah setahun lepas kiki lahir, mama dapat kerja. Rezeki kiki. First time mama hantar anak mama ke taska. Tak sampai 3 bulan mama hantar ke taska, mama kene cari nanny. Kenapa? Hati mama sakit sangat bila tak di benarkan bagi kiki makan ubat sendiri. Hati mama lagi sakit bila tgk kiki di biarkan menangis sampai takde suara dan di biarkan meniarap atas lantai macam tu je. Hanya tuhan je yang tau betapa mama sedih tgk keadaan anak mama time tu.
Allah s.w.t maha mendengar sayang, puas mencari nanny. akhirnya mama jumpa dengan umi kiki. Sampai sekarang she still jaga kiki dan adik. Nanti mama amek gambar kiki dgn umi utk kiki tgk, wanita yang berjaya buktikan anak mama sihat dan happy + tunjuk agama islam itu besar sepanjang kiki dan adik bawah jagaan dia.
Sampai sekarang, mama rasa bersyukur kiki dengar kata, bijak dan tau menghargai apa yang kiki ada . Sekarang ni kiki suka bertanya banyak soalan. Apa yang kiki dengar, nampak semua kiki tanya. Mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat. TBC...
No comments:
Post a Comment